Rabu, 9 Disember 2009

Sekolah Dato Harun

Sekolah Dato Harun
Harapan negara
petani peladang doa berjuta
Sdh...Ubahlah nasib kami semua
lahirkan pendidik pemimpin cendikia
sdh .. bedanglah pelajar semua tajamkan
hati bersihkan jiwa
bentukkan peribadi mulia
Selaras cita rukun negara
Oh tuhan .. selamatkan kami dari
segala penghalang cita
restuilah seruan murni
Majulah sdh terus maju.

KPI

Kau Penentu Impian

Impian akan di capai bila:

BerUsaha dengan gigih
Setiap impian tanpa usaha ibarat mencurah air di atas daun keladi. Tiada maknanya.
Oleh itu, setiap kali berimpian maka kita harus usahakannya agar impian kita itu dapat dicapai dan dikecapi.

BerTindak tanpa bertunda.
Setiap detik idea muncul difikiran itu adalah anugerah Tuhan. Kenal pasti akan hasilnya dan terus bertindak. Jangan bertunda. Kerana bertunda boleh membuat kita kecewa.

Kejayaan yang di impikan itu akan dapat dikecapi
Kita terus berjuang..... Setiap rintangan itu adalah anugerah. Setiap kekecewaan itu ada manisnya. Oleh itu Bersihkan jiwa. Teruskan langkah. Kentalkan semangat. Sematkan di JIWA dan Capailah apa yang kau impikan itu kerana KAULAH PENENTU IMPIAN.....

Rabu, 18 November 2009

Wah bagusnya Baby lulus semua dalam UPSR!!

Dapat berita terbaru daripada Kak Nor mengatakan bahawa Baby dapat 1C3D1E .....
hmmm sungguh mengujakan.
sedangkan kalau dulunya tahap kelulusannya adalah amat menyedihkan...
tapi dengan keputusan peperiksaannya itu pasti mengundang kegembiraan kepada Kak NOr. Dan sekiranya Arwah Kang Nie ada pasti kegembiraannya juga berlipat ganda. Hmmm insyaallah Kang Nie dapat melihat kejayaan anaknya itu di"sana" .....

Pastinya kesungguhannya itu juga sudah menjadi pendorong kepada kejayaannya....

Wahh!! tahniah Baby...Nor Adila Binti Mohd Rahani

Alhamdulillah

Bersyukur kepada ILLAHI
Yang Maha Kuasa Maha Memberi
Permohonan permintaan di dinihari
Jawapan diperolehi hari in

Semoga akan ku selalu berteduh
mengagung dan terus
memuja dibawah keagunganMu
Ya Allah aku memohon
perlindungan daripada godaan dan fitnah
seteruku
sejak Ayahanda Adam dan Ibunda Hawa

Semoga perjalananku didunia ini
terus kau sinari dengan Nur KasihMu

Ahad, 6 September 2009

Santapan Jiwa

terbitnya perasaan itu
bersama persoalan
jalan hidup yang berliku
yang tajam dan tumpul
tetap dilalui demi untukNYA ILLAHI

dzikir dan tasbih
seiring nafas yang terhela
teman perjalanan
untuk bertemuNYA Yang Maha Esa

jatuh dan bangun
keringat bertabur
redhakan setiap langkah
bersyukur bagi setiap hitam putihnya
kehidupan

Khamis, 3 September 2009

Hutang!

Siberhutang dengan Sipemiutang
Hanya dengan ijab yang dilafaz
bermula satu kisah
kegagalan dan kejayaan siberhutang
di titian kehidupan yang sukar dan senang
mencari sesuap untuk menimbun dan mengorek
lantas kebuntuan semakin menerjah
kerana sipemiutang sering menagih

Bayar! Bunganya!
Nyawa sebagai ganti
atau anak isteri yang kena jual body
itukah pilihan hati....bukan
alasan diberi ...kami terpaksa

maka akan lahirlah mata-mata kuyu yang kasihan
memandang tapi tak berkesan
di hati kosong tiada pengharapan
menanti cahaya kehidupan
anak-anak tersadai di rumah kebajikan
menghitung nasib kenapa dilahirkan
tiada bapa dan ibu tersayang
kini dirinya ditinggalkan kerana hutang

setapak melangkah meninggalkan kesan
kisah hidup sebagai pemiutang
Kredit kad, Along dan juga Bank
semua sama memberikan peluang untuk berhutang
berhutang dan berhutang lagi...

Bayar! Bunga !
Ahhh...lantas masuk ke hospital gila
Anak isteri ditinggal tak berjaga
Compang camping menagih belas kasihannya
anak tertinggal pembelajarannya
si ibu terpaksa membuat apa sahaja
apakah kesudahan hidup mereka....
terus-terusan membayar bagi pihak siberhutang.

Bagi yang kaya pula
Kemewahan adalah hak milik orang lain
kereta besar rumah besar
bagai gedung yang besar
bertingkat-tingkat selaras dengan tingkatan hutangnya
lagi nampak mewah lagi banyak hutangnya
lagi banyak karenahnya
datuk itu dan datuk ini menyokong
gagal mengawal diri dan lantas
akhirnya harta pun turut tersorong
rumah besar kini sudah berada dilorong
pada yang ingin memborong
anak isteri pun disorong
sebagai ganti nafsu kemewahan

Pada yang berfikir
Berhutang ala kadar untuk berjaya
berdisiplin mengatur wangnya
menjana pendapatan dan terus mara
melangsai dan senang di akhirnya
tanpa bimbang anak isteri sengsara
diri pun kurang penyakitnya

Karenah manusia yang pelbagai rasa dan budaya
menagih kesenangan tanpa mengira
musibah yang bakal menimpa
sekadar hanya berhutang sahaja
boleh membuat manusia binasa

Jumaat, 28 Ogos 2009

Amarah

Marah pada yang berbuat silap atau sengaja mencari silap?
Marah pada sipemalas atau sendiri malas untuk membalas?
Marah !! baguskah dengan amarah itu, sekiranya ia hanya mengundang rasa tidak HORMAT?
Marah elok kah itu sekiranya ia hanya menonjolkan bahawa kita sebenarnya jahat?
Marah baguskah itu sekiranya ia hanya menonjolkan kita tidak hebat?
Marahlah kalau rasa diri tu bagus sangat!!
Marahlah kalau rasa itu menunjukkan diri tu berkuasa sangat?
Nak marah----marah lah sekiranya marah itu boleh jadikan dirimu orang terhormat.

Namun.....
Marah tidak bertempat hanya mengundang benci kesumat
Marah yang tidak mengenal silap akan menjadikan diri hasad
Marah yang tiada bukti hanya akan memalukan diri di dunia sejagat
Marah yang tidak berperi kemanusian hanya akan mengundang kecelakaan

Semakin marah semakin deras darah menjalar semakin kencang jantung berdetap semakin lancar butiran kata terucap semakin diri rasa macam dah hebat .

BAGUSKAH itu?

Sekiranya marah itu jalan yang kau pilih.....mansuhkan lah ia kerana tiada kebaikan pada diri dan dunia sejagat....