Jumaat, 28 Ogos 2009

Amarah

Marah pada yang berbuat silap atau sengaja mencari silap?
Marah pada sipemalas atau sendiri malas untuk membalas?
Marah !! baguskah dengan amarah itu, sekiranya ia hanya mengundang rasa tidak HORMAT?
Marah elok kah itu sekiranya ia hanya menonjolkan bahawa kita sebenarnya jahat?
Marah baguskah itu sekiranya ia hanya menonjolkan kita tidak hebat?
Marahlah kalau rasa diri tu bagus sangat!!
Marahlah kalau rasa itu menunjukkan diri tu berkuasa sangat?
Nak marah----marah lah sekiranya marah itu boleh jadikan dirimu orang terhormat.

Namun.....
Marah tidak bertempat hanya mengundang benci kesumat
Marah yang tidak mengenal silap akan menjadikan diri hasad
Marah yang tiada bukti hanya akan memalukan diri di dunia sejagat
Marah yang tidak berperi kemanusian hanya akan mengundang kecelakaan

Semakin marah semakin deras darah menjalar semakin kencang jantung berdetap semakin lancar butiran kata terucap semakin diri rasa macam dah hebat .

BAGUSKAH itu?

Sekiranya marah itu jalan yang kau pilih.....mansuhkan lah ia kerana tiada kebaikan pada diri dan dunia sejagat....

Kentut

Apabila gelembung angin menujah setiap sendi
Bagai kan guli berguling-guling
Menempuh apajua lorong yang hangat
tidak kira lancar atau sendat
Namun dengan hajat yang mampat
bila terlaksana lega kudrat

melampiaskan angin dan keringat
dengan aroma yang pasti kelat
kalau sudah berhari-hari tidak ketoilet..
puas hati? atau malu
sendiri mau ingat.

Selasa, 25 Ogos 2009

Mengekalkan Perubahan Diri Demi Untuk Berjaya

Bagaimana mengekalkan perubahan diri?
Disiplinkan diri. Apabila kita sudah menetapkan matlamat seharusnya kita pada waktu itu sudah tahu atau sedikit sebanyak tahu bagaimana untuk mencapai matlamat itu. Juteru itu, dengan disulami ketegasan dan ketekadan untuk mencapai pasti, dengan izin tuhan matlamat kita akan dapat dicapai. Sikap harus tegas tidk mudah berputus asa dan terus maju kehadapan. Barulah tiada apa yang boleh menghalang cita-cita kita.

Berdisiplin
Kita harus tegas kepada diri sendiri. Dengan itu bermaksud tiada toleransi untuk diri kita menggagalkan rancangan/matlamat yang telah di tetapkan itu. Jangan biarkan diri kita menghalang kita untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

Apabila kita telah menetapkan peraturan, maka kita haruslah mematuhinya. Jangan jadi "cakap tak serupa bikin" kata orang cina.

Bila disebut dengan disiplin kita mesti terkenang kisah lampau zaman persekolahan dulu. Takut benar dengan cikgu disiplin. Bila dewasa, kitalah guru disiplin untuk diri kita sendiri. Rasalah, suka ker tak suka? Pernahtak kita merasa tidak puas hati degan diri sendiri? Mesti pernahkan. Ini adalah kerana ada sesuatu yang telah kita lakukan perkara yang bukan kehendak kita sebenarnya.

Berdisiplin dengan matlamat

Bila kita telah menetapkan matlamat - JANGAN MUDAH GOYAH. Kita mesti FOKUS dengan matlamat kita itu. Bila dah tetapkan apakah matlamat, kita harus sudah bermula untuk merancang dan FIGHT! Pegang matlamat itu sehinggalah ia tercapai. Sentiasa berdoa kepada ALLAH Yang Maha Esa agar diberi kemudahan bagi kita untuk mencapai matlamat itu. Jangan sesekali berputus asa. Sebab itu kita harus disiplin dengan matlamat kita itu.

Bagaimana ya? Mudah tapi sukar, hanya yang mahu sahaja yang mengatakannya mudah dan begitu juga sebaliknya, pasti akan sentiasa ada alasan. Hmm... adakah itu aku?
- Tetapkan di minda
- Berusaha dengan cara yang betul untuk mencapai matlamat contohnya belajar dan bertindak berkali-kali tanpa mengenal rasa jemu.
- Jangan sekali-kali mengalah kerana setiap yang kita lakukan itu ada risiko. Oleh itu jangan cepat mengalah sematkan kata-kata ini di minda kita " Saya harus berusaha dengan lebih untuk kebaikan pada masa depan"
- Tidak mengubah matlamat. Boleh mengubah cara untuk mencapai matlamat tapi jangan sesekali mengubah matlamat bila ada kesukaran kerana sampai bila pun kita tak akan mencapai matlamat kalau sering diubah matlamat itu.

Berdisiplin memberi motivasi diri
Kita semua sedar nahawa MOTIVASI yang diberi hanya akan bertahan sementara sahaja. Kita tidak boleh bergantung dengan motivasi yang diberi oleh orang lain. Sekiranya kita dapat lihat, kita sering menitikberatkan keperluan bagi diri dan keluarga serta masyarakat, oleh itu jadikanlah ia pperangsang untuk kita lebih berdidiplin dan jadikan ia sebagai pembakar motivasi untuk kita terus melangkah dan berjaya.

* Bekerja sungguh-sungguh seolah-olah kita hidup selamanya-kerana kita sendiri tidak tahu apa dia kesusahan yang bakal menjelma. Maka kita haruslah sentiasa bersedia.
* Beribadat bersunguh-sungguh seolah -olah kita kan mati sekejap lagi.
* Berfikir secara positif bagi mengelakkan diri daripada mudah rasa kecewa.

Kita harus bersedia untuk menerima hakikat dan lumrah kehidupan secara berterusan kerana ujian bukan datang hanya sekali. Ingatlah HIDUP adalah satu putaran. Kita boleh berada diatas dan mungkin akan berada dibawah juga. Tiada satupun manusia yang tidak pernah rasa sedih. Tiada yang kekal. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Adil. BERDOALAH agar kita dapat menempuh segala ujian yang diberi dengan semangat yang tidak pernah putus. Akhir sekali, kita harus sentiasa bersedia di atas sebarang kemungkinan dan hendaklah REDHA akan segala ketentuanNYA.

24 Ogos 2009 - Banyaknya Falsafah Kehidupan

Kita telah dihidangkan dengan pelbagai resepi kehidupan yang berencahkan warna-warni perlakuan manusia yang semakin rakus menerjah kehadapan tanpa mengira orang di belakang. Kita semakin hari semakin matang dengan rencah itu. Apabila tiba masanya maka kita akan memilih mana yang bakal menjadi bekal mana akan kita tinggal.

Dengan kepelbagaian pilihan dan keupayaan untuk berjuang maka kita terus melangkah kehadapan dengan keringat dan semangat yang diberi menerusi falsafah yang bermacam-macam bunyinya.

Falsafah, peribahasa, bidalan, perumpamaan dan sebagainya....meminta kita agar tidak mudah berputus asa. Adakah itu sahaja? Tidak. Kerana ada juga yang meminta kita untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. DENDAM. Juga salah satu daripadanya. SIMPATI. Juga luahannya. CITA-CITA. sememangnya itu yang digarapnya.

Bagaimana untuk memilih? Bagaimana untuk menguji? Bagaimana untuk mencari? Di mana KUNCINYA? Semuanya tidak diajar ketika sekolah dahulu atau saya tidak menumpukan perhatian pada guru. Bersalahkah mereka? Tidak! Kerana ia tidak ada dalam senarai untuk mereka ajarkan.

KITA yang patut belajar. Lihatlah GELAGAT manusia yang lain - pelajarinya. Lihatlah KEJADIAN sekeliling-amatinya. Lihatlah SUASANA sekeliling-berhati-hatilah.

Jangan ketinggalan untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak menunggu kita. Ilmu juga tidak hanya dipelajari di sekolah sahaja. Sengaja atau tidak kita sebenarnya telah berilmu cuma CUKUP atau TIDAK.......ilmu di dada itu.

Isnin, 24 Ogos 2009

25 Ogos 2009 - Dingin, Hangat, Panas Kehidupan

Sejak kita mengenal apa itu erti oksigen kita terus tanpa henti mengorek dan terus mengorek segala rahsia dunia. Semakin jauh dikorek semakin ramai di antara kita yang memperoleh ilmu yang bakal membawa ke Surga Idaman dan juga sebaliknya. Jalan yang dipilih juga berlainan sekali. Ada yang mempunyai persamaan dan juga ada yang jauh perbezaannya. Ada yang merasa pelik akan pilihan orang lain tanpa menyedari bahawa orang pun pelik dengan pilihannya. Kelakar atau serius itu juga pilihan masing-masing. Nak ketawa atau Masam muka, itu juga pilihan masing-masing.

Di dunia kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan kehidupan yang mempunyai pelbagai rasa. Ada yang manis bak madu, pahit bagai garam selautan, masin, payau dan sebagainya. Ada di antara kita yang sudah merasa kepahitan hidangan itu namun masih juga berusaha untuk mendapatkan rasa pahit itu walau telah ditawarkan dengan pelbagai hidangan yang enak yang lain. Semua ini adalah menjurus kepada pilihan kita iaitu mahu atau tidak mahu. Itu Sahaja.

Saya pernah mendengar kata-kata seorang yang amat kukagumi. Beliau telah menyatakan sesuatu yang telah membuka mindaku tentang apakah erti kita menerima pelawaan untuk memberi peluang kepada diri sendiri sebelum kita memberi peluang kepada orang lain. Beliau juga berkata hanya dengan tekad dan disiplin diri maka kita boleh mencapai apa yang kita mahukan. Keinginan yang disertai dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kekalahan, terus maju kehadapan akan membolehkan kita mencapai apa yang ingin kita capai.

Beliau sendiri yang dahulunya seorang guru biasa kini telah memiliki segalanya. Ringkasan daripada apa yang dikongsi olehnya semasa kami bersama adalah " Biarlah kita menggenggam dunia untuk kita mencintai akhirat (surga) yang hakiki."

Persoalannya, bolehkah aku menjadi sepertinya? Atau hanya semangat yang sementara sahaja. Doakanlah agar aku berjaya menjadi sepertinya. Semoga kita semua juga akan dapat apa yang kita semua hendak.

Kita sebenarnya tidak sedar bahawa walaupun kita kelihatan mewah dengan rumah dan kereta besar, kita sebenarnya adalah masih compang camping lagi. Banyak lagi hutang yang ingin dilangsaikan. Banyak lagi perkara wajib yang kita tidak tunaikan. Adakah itu mewah namanya?

Rumah bak mahligai indah, kenderaan mewah, adakah kita akan dapat kemewahan yang sama atau lebih baik lagi "di sana" nanti. Bagaimana untuk kita dapatkan semua itu untuk kedua-dua tempat? Bak kata Nabil "Lu Pikir Lah Sendiri!"

Ilmu dan cara untuk mendapatkannya telah disediakan oleh Yang Maha Esa khas untuk kita dapatkannya. Rintangan dan halangan pasti ada, namun boleh juga dikatakan senang jika dibandingkan dengan mereka yang lebih susah pokok pangkalnya Mahu atau tak Mahu. Itu sahaja.

Itulah yang dinamakan Dingin, Hangat, Panas Kehidupan yang kita rasai sekarang. Dan itu adalah pilihan kita. Bukan orang lain.

25 Ogos 2009 - Sesudah subuh

Sat tadi Azan subuh sudah bergema, hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa. Cepat masa berlalu kan, dah tinggal 26 hari je lagi puasa. Lepas tu dah masuk bulan syawal...pejam celik-pejam celik dah masuk bulan ramadan balik...dapat kah kita berjumpa pada bulan ramadan yang akan datang? Hanya Allah sahaja yang tahu......

Oleh itu jagalah kelakuan dan bahasa agar kita tidak sesekali menyakiti hati sesiapa, bersabarlah sekiranya mereka yang jahat itu menyakiti kita dab jangan sesekali kita mengikut jejak mereka dengan membalas kejahatan mereka dengan perkara yang jahat, sebagai balasan berdoalah kepada Yang Maha Esa agar mereka menjadi baik seperti kita yang tidak gemar perkara seumpama itu, ..... ingatan ini adalah untuk saya dan juga anda yang membaca nukhilan ini.....

Semoga hidup kita di dunia ini diberkati dan sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah Yang Maha Esa...amin.

Sekian kuliah subuh kita pada hari ini.

Wassallam...

25 Ogos 2009 - rimbunan menjalar

hmm... rimbunan menjalar
bila tapak sudah pasti
mencangkul bakti diberi
menghasil limpahan ilusi dan hakiki
merobah yang dulu kepada yang kini

merimbun dan menjalar di seluruh sendi
menyebar benih dan menjalar lagi

haruskah kau bertanya lagi
kerana itu sudah termatri....

Catatan dari cetusan rasa seorang insan buat insan yang lain.....semoga berbahagia semua...dan selamat berpuasa