Kita telah dihidangkan dengan pelbagai resepi kehidupan yang berencahkan warna-warni perlakuan manusia yang semakin rakus menerjah kehadapan tanpa mengira orang di belakang. Kita semakin hari semakin matang dengan rencah itu. Apabila tiba masanya maka kita akan memilih mana yang bakal menjadi bekal mana akan kita tinggal.
Dengan kepelbagaian pilihan dan keupayaan untuk berjuang maka kita terus melangkah kehadapan dengan keringat dan semangat yang diberi menerusi falsafah yang bermacam-macam bunyinya.
Falsafah, peribahasa, bidalan, perumpamaan dan sebagainya....meminta kita agar tidak mudah berputus asa. Adakah itu sahaja? Tidak. Kerana ada juga yang meminta kita untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. DENDAM. Juga salah satu daripadanya. SIMPATI. Juga luahannya. CITA-CITA. sememangnya itu yang digarapnya.
Bagaimana untuk memilih? Bagaimana untuk menguji? Bagaimana untuk mencari? Di mana KUNCINYA? Semuanya tidak diajar ketika sekolah dahulu atau saya tidak menumpukan perhatian pada guru. Bersalahkah mereka? Tidak! Kerana ia tidak ada dalam senarai untuk mereka ajarkan.
KITA yang patut belajar. Lihatlah GELAGAT manusia yang lain - pelajarinya. Lihatlah KEJADIAN sekeliling-amatinya. Lihatlah SUASANA sekeliling-berhati-hatilah.
Jangan ketinggalan untuk menuntut ilmu kerana ilmu tidak menunggu kita. Ilmu juga tidak hanya dipelajari di sekolah sahaja. Sengaja atau tidak kita sebenarnya telah berilmu cuma CUKUP atau TIDAK.......ilmu di dada itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan