Bagaimana mengekalkan perubahan diri?
Disiplinkan diri. Apabila kita sudah menetapkan matlamat seharusnya kita pada waktu itu sudah tahu atau sedikit sebanyak tahu bagaimana untuk mencapai matlamat itu. Juteru itu, dengan disulami ketegasan dan ketekadan untuk mencapai pasti, dengan izin tuhan matlamat kita akan dapat dicapai. Sikap harus tegas tidk mudah berputus asa dan terus maju kehadapan. Barulah tiada apa yang boleh menghalang cita-cita kita.
Berdisiplin
Kita harus tegas kepada diri sendiri. Dengan itu bermaksud tiada toleransi untuk diri kita menggagalkan rancangan/matlamat yang telah di tetapkan itu. Jangan biarkan diri kita menghalang kita untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.
Apabila kita telah menetapkan peraturan, maka kita haruslah mematuhinya. Jangan jadi "cakap tak serupa bikin" kata orang cina.
Bila disebut dengan disiplin kita mesti terkenang kisah lampau zaman persekolahan dulu. Takut benar dengan cikgu disiplin. Bila dewasa, kitalah guru disiplin untuk diri kita sendiri. Rasalah, suka ker tak suka? Pernahtak kita merasa tidak puas hati degan diri sendiri? Mesti pernahkan. Ini adalah kerana ada sesuatu yang telah kita lakukan perkara yang bukan kehendak kita sebenarnya.
Berdisiplin dengan matlamat
Bila kita telah menetapkan matlamat - JANGAN MUDAH GOYAH. Kita mesti FOKUS dengan matlamat kita itu. Bila dah tetapkan apakah matlamat, kita harus sudah bermula untuk merancang dan FIGHT! Pegang matlamat itu sehinggalah ia tercapai. Sentiasa berdoa kepada ALLAH Yang Maha Esa agar diberi kemudahan bagi kita untuk mencapai matlamat itu. Jangan sesekali berputus asa. Sebab itu kita harus disiplin dengan matlamat kita itu.
Bagaimana ya? Mudah tapi sukar, hanya yang mahu sahaja yang mengatakannya mudah dan begitu juga sebaliknya, pasti akan sentiasa ada alasan. Hmm... adakah itu aku?
- Tetapkan di minda
- Berusaha dengan cara yang betul untuk mencapai matlamat contohnya belajar dan bertindak berkali-kali tanpa mengenal rasa jemu.
- Jangan sekali-kali mengalah kerana setiap yang kita lakukan itu ada risiko. Oleh itu jangan cepat mengalah sematkan kata-kata ini di minda kita " Saya harus berusaha dengan lebih untuk kebaikan pada masa depan"
- Tidak mengubah matlamat. Boleh mengubah cara untuk mencapai matlamat tapi jangan sesekali mengubah matlamat bila ada kesukaran kerana sampai bila pun kita tak akan mencapai matlamat kalau sering diubah matlamat itu.
Berdisiplin memberi motivasi diri
Kita semua sedar nahawa MOTIVASI yang diberi hanya akan bertahan sementara sahaja. Kita tidak boleh bergantung dengan motivasi yang diberi oleh orang lain. Sekiranya kita dapat lihat, kita sering menitikberatkan keperluan bagi diri dan keluarga serta masyarakat, oleh itu jadikanlah ia pperangsang untuk kita lebih berdidiplin dan jadikan ia sebagai pembakar motivasi untuk kita terus melangkah dan berjaya.
* Bekerja sungguh-sungguh seolah-olah kita hidup selamanya-kerana kita sendiri tidak tahu apa dia kesusahan yang bakal menjelma. Maka kita haruslah sentiasa bersedia.
* Beribadat bersunguh-sungguh seolah -olah kita kan mati sekejap lagi.
* Berfikir secara positif bagi mengelakkan diri daripada mudah rasa kecewa.
Kita harus bersedia untuk menerima hakikat dan lumrah kehidupan secara berterusan kerana ujian bukan datang hanya sekali. Ingatlah HIDUP adalah satu putaran. Kita boleh berada diatas dan mungkin akan berada dibawah juga. Tiada satupun manusia yang tidak pernah rasa sedih. Tiada yang kekal. Allah itu Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Adil. BERDOALAH agar kita dapat menempuh segala ujian yang diberi dengan semangat yang tidak pernah putus. Akhir sekali, kita harus sentiasa bersedia di atas sebarang kemungkinan dan hendaklah REDHA akan segala ketentuanNYA.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan